Hidup Seorang Isteri, Ibu dan Pekerja

Selamat petang. Saya baru sahaja habis bekerja dan sudah balik rumah untuk bertemu dengan suami dan anak kesayangan.
       
          Cerita hari ni di pejabat cuma temuduga seorang bakal-bakal pekerja syarikat, mengkaji dengan lebih mendalam sistem baru syarikat, mengeluarkan surat amaran kepada pekerja yang bermasalah serta berbincang dengan rakan-rakan pejabat bagaimana untuk menambahbaik sistem syarikat.
 
          Hari ni keluar makan jam12.30 tengahari dengan rakan sekerja. Pergi makan nasi goreng tom yam daging di Quqa dan horlicks ais. Ini pertama kali makan di tempat tersebut. Tempat ini kira standard juga dan harga makanan memang boleh diterima.

           Hari ini genap anak lelaki saya 11 bulan dan saya sangat gembira dan berterima kasih sebab anak saya sihat dan bulan depan genap setahun sudah. Harap anak saya cepat pandai berjalan.

          Itu sajalah cerita hari ini 16 ogos 2017.

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Pegawai Perhubungan Perusahaan S41

Pekan Beaufort

Keluhan Seorang Isteri