Pekan Beaufort

Pekan Beaufort

Selamat pagi. Nama saya Merlin. Saya adalah orang Kudat, Sabah tetapi sekarang saya sedang menetap di Beaufort, Sabah. Saya sedang bekerja dengan salah satu syarikat di Beaufort dan sebab itu saya menetap di Beaufort. Saya tinggal di Pekan Beaufort dan menyewa bilik dengan harga RM250 sebulan. Saya sudah tinggal di Beaufort selama hampir 4 bulan.
                                    *Gambar diambil dari google, Round about Limau



                                     * Gambar diambil dari Google, Gmart dan pasar am Beaufort



                                    * Gambar diambil dari Google, sekolah Kung Ming Beaufort


          Pekan Beaufort terpisah oleh sungai dan jalan raya menjadikan Beaufort ada lima tempat tumpuan. Pertama sekali, pekan Beaufort. Pekan Beaufort terdapat sekolah Kung Ming (sekolah cina), berdekatan tapak tamu, masjid dan Pejabat Daerah Beaufort. Selain itu, pekan Beaufort juga berdekatan dengan bas besar untuk ke Kota Kinabalu. Pekan Beaufort juga terdapat supermarket iaitu Bestamart serta terdapat Gmart dan pasar sayur. Pasar sayur ini terletak di bawah Gmart.

          Beaufort Sental. Beaufort sentral juga merupakan tempat tumpuan di Beaufort kerana tempat ini juga mempunyai supermarket Bestamart dan Yes Supermarket. Selain itu, Beaufort Sentral juga mempunyai tempat hiburan seperti Karaoke. Selain itu, di Beaufort Sentral juga terdapat banyak pilihan tempat untuk menjamu selera. Tapi selalunya, jika saya pergi ke Beaufort Sentral, saya hanya membeli belah di Bestamart Supermarket kerana harga di supermarket ini lebih rendah berbanding harga di supermarket lain seperti CNF Hypermarket dan Servay walaupun agak jauh dari tempat tinggal saya. Di samping itu, Pesta Bundle selalunya akan bertapak di Beaufort Sentral di mana penjual-penjual bundle akan menjual di sana.

         Beaufort Jaya merupakan kawasan tempat saya bekerja. Beaufort Jaya merupakan tumpuan bank-bank. Antara bank yang terdapat di Beaufort Jaya adalah Maybank, Public Bank, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Agro Bank dan Alliance bank. Selain itu, Beaufort Jaya juga terdapat CNF Hypermarket, Celcom centre, Jasaria Hotel, River Park Hotel, laundry, Watson, Cosway, Onestop superstore, Walk in Shop, YL Marketing dan banyak lagi. Kadang-kadang ada juga peniaga-peniaga bundle yang akan berniaga setiap petang di kawasan tempat meletak kereta di Beaufort Jaya. Selain itu, di sebelah CNF Hypermarket terdapat juga peniaga-peniaga kecil yang menjual sayur-sayuran, ikan, kuih muih dan ada juga yang menjual durian. Lagi-lagi pada musim durian memang kelihatan banyak peniaga-peniaga kecil yang menjual durian. Terdapat juga gerai makan berdepan dengan CNF yang menjual makanan dengan harga yang murah.

          Di seberang Beaufort Jaya adalah Beaufort Square. Beaufort Square terdapat 2 sahaja tempat yang akan dikunjungi atau boleh dikunjungi iaitu syarikat YY Muhibah. YY Muhibah mempunyai beberapa bisnes seperti yy restoren bistro,YY laundry dan YYfitness. Jika kamu orang yang suka pergi gym, bolehlah pergi ke YY Fitness atau jika malas mencuci kain bolehlah menggunakan Self-Service YY Laundry. Selain itu, Beaufort Square terdapat Ninso yang menawarkan semua barangan dengan harga Rm2.50. Kedai berwarna kuning ini menawarkan perbagai barangan seperti barangan dapur seperti piring mangkuk, makanan, dan pelbagai lagi barangan yang dijual dengan harga RM2.50 sahaja.

          Di seberang Beaufort Square pula terdapat 1 Beaufort atau 1B. Di 1B terdapat Servay Hypermarket, Marrybrown, Pizzahut, Mr.Diy, Seven Eleven, Mr Breed, E-novel, Bundle Mania, The Gem Hotel, Flipper, Homeware, Synthia, dan beberapa tempat lain lagi yang boleh dikunjungi. Sesiapa yang suka membeli belah di Servay bolehlah mengunjungi Servay Jaya Beaufort 1Beaufort. Sekiranya kamu adalah penggemar fast food atau makanan segera bolehlah makan-makan di Marrybrown atau Pizzahut.


          Sedikit info tentang tempat saya bekerja, saya bekerja di Mok Corner Sabah Sdn Bhd (Ice-blended drinks company) bagai HR (pengurus sumber manusia) dan Accout Clerk (kerani akaun). Tempat saya bekerja ini juga di kenali sebagai Mok Cafe di mana tempat ini popular di Beaufort sebagai tempat untuk lepak-lepak bagi golongan remaja seperti budak-budak sekolah menengah. Makanan dan minuman yang ada seperti, chicken wings, chicken nugget, fish bar, fries dan minuman ice-blended seperti choclate, cappucino, mocha, yam, vanilla, uji matcha dan terdapat juga jus seperti lemon, honey, green apple, orange, mango dan loverfruit. Mok Corner di Beaufort terdapat 3 cawangan di Beaufort iaitu Mok Corner Beaufort Jaya, Mok Corner Bestamart lama dan Mok Corner Beaufort Sentral. Terdapat juga beberapa cawangan lain seperti di Tenom, Labuan, Sipitang, Papar, Kinarut, 1Borneo dan Kota Belud.





          Satu lagi tempat yang boleh dikunjungi adalah Taman Tasik Majlis Daerah Beaufort. Biasanya taman ini adalah tempat untuk berjogging atau berjalan-jalan. Aktiviti seperti memancing juga boleh dibuat di taman ini. Taman ini berdekatan dengan tapak tamu Beaufort dan balai bomba. Selain itu, aktiviti riadah juga boleh dijalankan di sini. Tempat ini memang sangat cantik kerana mempunyai tasik, taman bunga, tempat untuk duduk-duduk, bermain, tempat untuk berlari dan sebagainya.




Terdapat playground di Taman ini di mana budak-budak boleh bermain di sini. Ibu bapa juga boleh mengawasi anak-anak mereka bermain.

   
    Tempat seperti dalam gambar di atas bolehlah digunakan untuk exercise.

Gambar ini di ambil pada tahun 2014, tempat seperti dalam gambar sudah tiada. Di belakang gambar ini adalah balai bomba.

Masih terdapat beberapa tempat menarik di Beaufort yang tidak saya sebut di sini kerana saya juga baru sahaja beberapa bulan menetap di sini masih banyak tempat yang belum saya kunjungi. Selama beberapa bulan saya menetap di sini selain Beaufort, hanya Sipitang dan Labuan sahaja yang sempat saya kunjung. Tetapi saya akan menambah info ini dari semasa ke semasa. Gambar juga tidak cukup kerana belum ada kesempatan untuk ambil gambar tetapi saya akan mengupload gambar sekiranya sudah ada.

 Kepada yang sudi membaca coretan ini terima kasih sila komen sesuatu yang membina untuk tulisan saya ini ya. Minta maaf jika ada yang tersilap info atau ejaan tidak betul.
  
                                                                                                            

                                                                                                                               Last Update: 2/6/2018


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Temuduga Pegawai Perhubungan Perusahaan S41

Keluhan Seorang Isteri